TIPS PENJAGAAN AWNING TUDUNG DENGAN BAIK

Seseorang pasti akan membeli tudung jika cantik terletak ‘awning’ tudung pada wajahnya, jadi sangat penting untuk kita menjaga awning tudung agar kekal elok dan tidak mudah rosak lebih-lebih lagi ketika membasuhnya.

Berikut merupakan tips penjagaan awning tudung dengan betul:

1. Tidak kira betapa sibuk pun kita, cuba elakkan dari membasuh tudung menggunakan mesin basuh kerana awning akan rosak atau ‘patah’. Sebaiknya, gunakanlah cucian tangan.

2. Rendamkan tudung dalam air yang sejuk dengan sedikit sabun dan biarkan sehingga tiga minit sahaja. Gosok secara perlahan-lahan pada bahagian-bahagian tertentu terutamanya bahagian yang berlipat dan bahagian di bawah dagu untuk menanggalkan kesan minyak dan penggunaan produk kecantikan.

3. Kemudian cucikan di bawah air sejuk yang mengalir (air paip) sebelum direndam sekali lagi dengan pelembut fabrik selama dua minit.

4. Jangan terlalu kerap perah atau meramas tudung kerana ia boleh menyebabkan tudung cepat hilang keanjalan dan bentuknya. Jangan perah bahagian ‘awning’ kerana ia akan cepat rosak, oleh itu biarkan airnya menitik sendiri apabila disidai.

5. Untuk menjemur tudung ini, disarankan untuk menggunakan ampaian sahaja kerana penggunaan hanger akan memberi kesan kekal pada bahagian bahu tudung. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai ampaian di rumah, bolehlah menggunakan hanger cuma perlu bijak menggantungkannya.

6. Cara penyimpanan tudung juga sangat penting. Bagi yang menggantungkannya, boleh menggantungkannya menggunakan hanger atau tempat menggantung tudung yang banyak dijual. Cuma pastikan awning berada dalam keadaan yang selamat. Boleh juga melipat tudung segera ini dengan cara gulungkan bahagian bawah awning dan masukkannya ke dalam awning. Kemudian susun seperti biasa dalam almari dan pastikan tidak tertindih dengan pakaian lain.

7. Untuk cara menggosok tudung ini pula, boleh digosok tetapi sentiasa pastikan seterika dalam keadaan suhu yang sederhana dan tidak terlalu panas. Terutama sekali jika ingin menggosok bahagian awning. Namun terdapat juga sesetengah jenis awning yang tidak perlu kita kerap gosok setelah dicuci.

Selamat mencuba.

Credit : WERDA

No comments